Isnin, 21 Mac 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri telah dibuka pada awal Januari 2003 bagi memenuhi keperluan anak-anak penduduk tempatan. Sekolah ini terletak kira-kira 5 km dari pekan Sg. Jawi, daerah Seberang Perai Selatan.
Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai 9 orang guru dan 75 orang pelajar yang tadbirkan oleh Pn. Hjh. Zawiyah bt Yusoff (PK Pentadbiran/Penyelaras), En. Dziauddin Bin Md. Saad (PK HEM), En. Hayazi Bin Hanapiah (PK Kokurikulum). Barisan pentadbir dibantu oleh 6 orang guru, Pn. Sharifah bt Hamid (guru Matematik), Pn. Rodzita bt Basharuddin (guru Kemahiran Hidup), Pn. Karupayee (guru Bahasa Inggeris), Ustaz Badaruddin Bin Ahmad (guru Pend. Islam), Pn. Siti Zaleha Binti Jidin (guru Pend. Seni/guru Pusat Sumber) dan En. Rushidi (guru Sains).
Pada awal pembukaannya, sekolah ini terpaksa menumpang di SK Sg Duri selama setahun kerana bangunannya masih dalam kerja-kerja pembinaan. Pada tahun kedua barulah pelajar-pelajar dan guru-guru dapat mengecapi keselesaan belajar di bangunan sekolah sendiri serta menikmati kelengkapan-kelengkapan yang serba baru dan selesa.


Bangunan Pentadbiran SMK Taman Widuri





Tiada ulasan:

Catat Ulasan